SPRM siasat guru terlibat bekal alat ganti automotif

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI PETANI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang guru kerana disyaki terlibat dalam pembekalan alat ganti automotif berjumlah RM26,706 di sebuah sekolah membabitkan syarikat adiknya.

Menurut sumber, guru lelaki berusia 42 tahun yang bertugas di sekolah menengah di negeri ini ditahan di Pejabat SPRM Sungai Petani kira-kira jam 11.48 pagi tadi.

Difahamkan, pada tahun 2008 sehingga 2015, guru terbabit disyaki telah menggunakan kedudukannya untuk melantik adik beliau bagi tujuan membekalkan peralatan alat ganti automotif ke sekolah tersebut.

Bagaimanapun, individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: