Video tular isu Lembaga Maktab Mahmud fitnah - Mohd Azam

Video berdurasi tiga minit 42 saat memaparkan perang mulut antara dua individu kononnya berkaitan kartel yang tular di media sosial. Gambar kecil: Mohd Azam
Video berdurasi tiga minit 42 saat memaparkan perang mulut antara dua individu kononnya berkaitan kartel yang tular di media sosial. Gambar kecil: Mohd Azam
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Maktab Mahmud menafikan dakwaan kononnya ada kartel dalam lembaga itu seperti ditularkan dalam media sosial.

Pengerusinya, Mohd Azam Abd Samat menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah fitnah dan tidak berasas.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Kedah berkata, video terbabit sebenarnya melibatkan isu peribadi kakitangan di institusi tersebut.

"Setahu ustaz, ini video lama (dan) tahun lepas dah (sudah) viral. Kenapa tular semula. Apa dakwaan dalam video itu.

"Setahu ustaz juga, (ia) masalah personal (peribadi) dan nasihat serta tindakan telah diambil oleh ketua jabatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Jelas beliau lagi, semua projek dibuat secara tender terbuka dan bukan bawah ditentukan oleh Lembaga Maktab Mahmud.

Kata Mohd Azam, ia juga melibatkan panel peringkat kerajaan negeri dan bukannya orang politik.

Sehubungan itu, Mohd Azam memaklumkan, beliau meminta Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud untuk membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, tular video berdurasi tiga minit 42 saat menunjukkan 'perang mulut' antara dua individu di sebuah institusi.

Video itu turut memaparkan beberapa dakwaan termasuklah apabila kartel daripada sebuah parti politik menguasai Lembaga Maktab Mahmud, Kedah.

“Kartel ini mengawal projek-projek cawangan Maktab Mahmud di seluruh Kedah bernilai jutaan ringgit.

“Kartel ini sangat berkuasa sehingga boleh menukar, pindah, berhentikan, bekukan mana-mana staf sesuka hati mereka,” menurut petikan kapsyen dalam video itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Video tular isu Lembaga Maktab Mahmud fitnah - Mohd Azam #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Video #Tular #Viral #LembagaMaktabMahmud #Fitnah #Kartel

Du'a - Sami Yusuf