PKPD Kampung Haji Baki dilanjut sehingga 17 November

Seorang penduduk Kampung Haji Baki, Kuching melekatkan notis di hadapan rumahnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kampung itu. - Foto Bernama
Seorang penduduk Kampung Haji Baki, Kuching melekatkan notis di hadapan rumahnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kampung itu. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Haji Baki, di sini yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan seminggu lagi sehingga 17 November, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini.

JPBN dalam kenyataannya berkata, kesemua 3,264 penduduk di Kampung Haji Baki telah disaring pada saringan pertama dan mendapati 31 adalah positif Covid-19 termasuk dengan kes indeks.

“Sebanyak 2,872 sampel yang diambil pada saringan kali kedua dari 4 hingga 9 November 2020 mendapati dua daripadanya positif Covid-19 manakala 448 sampel masih menunggu keputusan ujian makmal dan seramai 392 penduduk belum disaring untuk kali kedua.

“Justeru, JPBN bersetuju untuk melanjutkan seminggu PKPD Kampung Haji Baki mulai 11 hingga 17 November 2020,” kata kenyataan itu.

PKPD di kampung berkenaan bermula 28 Oktober lepas terpaksa dilaksanakan setelah terdapat 25 kes positif Covid-19 dari kampung terbabit yang mula dikesan sejak 18 Oktober lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: