X

Kindly register in order to view this article
!

Dalglish yakin Robertson mampu bantu Scotland

Andy Robertson. - Foto Thescottishsun.co.uk
A
A

LEGENDA Liverpool Kenny Dalglish yakin pertahanan Liverpool, Andy Robertson mampu membantu Scotland mara ke Euro 2020 pada aksi berdepan Serbia di Stadium Red Star Belgrade, 12 November ini.

Menurut Dalglish, pertahanan kental berusia 23 tahun itu dilihat mampu membantu skuad The Tartan Amry itu menamatkan penantian selama dua dekad untuk beraksi pada kejohanan berprestji Eropah itu.

“Bagi saya dia seorang pemain yang baik dan seperti yang kita tahu sejak dia berhijrah dari Celtic, dia beraksi dengan Queen’s Park Rangers, Dundee United, Hull City dan kini bersama Liverpool.

“Sejak kehadirannya ke sini (Liverpool), dia telah beraksi dengan cukup baik dan dia memberikan semangat kepada semua orang terutamanya kepada mereka yang berputus asa dalam bola sepak dengan membuatkan mereka berfikir yang mereka juga mampu melakukan perkara yang sama.

“Justeru, ia begitu bermakna buat semua rakyat jika dia mampu membantu Scotland mara ke Euro 2020 kelak,” katanya.

Untuk rekod, Scotland tidak pernah mara dalam mana-mana pusingan akhir mahu pun ke peringkat kalah mati bagi mana-mana kejohanan sejak kali terakhir berbuat demikian pada Piala Dunia 1998 di Perancis.

Scotland tewas 1-2 kepada Brazil, 0-3 sebelum terikat 1-1 dengan Norway dan tewas 0-3 kepada kepada dalam aksi Kumplan A pada edisi Piala Dunia berkenaan.

Sementara itu Dalglish berharap agar kesebelasan Scotland akan dapat memberikan aksi sebaik mungkin bagi meraih kejayaan pada aksi berdepan Serbia nanti dan sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Euro 2020 kelak.

“Yang paling penting di sini adalah kesemua pemain perlu saling mempercayai antara satu sama lain dan terus beraksi seperti biasa.

“Sekiranya dua elemen ini mampu dilakukan, saya yakin Scotland berpeluang untuk memenangi perlawanan penting ini,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!