Menteri jangan salah guna portfolio, tegur Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Menteri PH agar tidak menggunakan kedudukan untuk mencetuskan provokasi kaum dan agama lain.

Beliau yang merujuk insiden keganasan meletus di luar kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, berkata, tidak perlu ada mana-mana pihak yang bertindak menjadi wira kepada sesuatu agama apatah lagi portfolio yang dipegangnya untuk tujuan perpaduan.

"Dalam hal ini semua pihak harus mematuhi sistem perundangan dan peraturan sedia ada dan semua agama harus menghormati sama lain.

"Hal demikian, jangan gunakan kedudukan ini sebagai tempat untuk mewujudkan provokasi kepada penganut berkenaan atau penganut agama lain," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Zahid yang juga Ketua Pembangkang berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waythamoorthy semalam meletakkan tanggungjawab kesalahan penguatkuasaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)

"Sensitiviti keagamaan jangan diletakkan pada sesuatu kumpulan atau penganut kaum sahaja, apatah lagi meletakkan kesalahan penguatkuasa kepada PDRM.

"Dalam kes ini semua pihak harus mematuhi sistem perundangan dan peraturan sedia ada, pada masa yang sama semua agama harus menghormati satu sama lain," ujarnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berharap keharmonian beragama di negara ini dikekalkan , peraturan harus dipatuhi dan penguatkuasaan hendaklah dijalankan secara berhemah supaya ia tidak menimbulkan permasalahan keharmonian yang telah wujud sejak sebelum negara mengecap kemerdekaan lagi.

"Saya telah meneliti dengan dekat peristiwa pemindahan tapak kuil ini, kita dapati salah satu faktor kejatuhan kerajaan Selangor di bawah BN pada 2008 dahulu adalah kerana usikan yang dilakukan dalam perobohan kuil seperti yang berlaku sekarang ini.

Artikel Berkaitan:


"Walaupun kita tahu bahawa perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agama Islam sebagai agama Persekutuan namun, agama lain boleh dianuti dengan bebas," katanya.