Loji baharu di Port Dickson tampung bekalan air

Simbolik penyerahan sumbangan RM200,000 daripada Kong Soon (dua dari kiri) kepada Aminuddin (empat dari kiri) di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Simbolik penyerahan sumbangan RM200,000 daripada Kong Soon (dua dari kiri) kepada Aminuddin (empat dari kiri) di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah Loji Rawatan Air (LRA) baharu dengan sistem takungan air atau 'Off River Storage' (ORS) akan dibina di Port Dickson bagi menangani keperluan bekalan air bersih dalam jangka panjang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bagi menampung keperluan bekalan air untuk penduduk di Port Dickson dan Nilai.

"Projek ini adalah cadangan daripada Kerajaan Negeri Sembilan kepada kerajaan Persekutuan susulan penduduk yang semakin bertambah.

"Bagaimanapun, kos keseluruhan pembinaannya masih belum diputuskan namun kita sudah membuat lawatan tapak di lokasi dan ia akan dibina secepat mungkin selepas selesai urusan berkaitan," katanya pada sidang media di Wisma Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sebuah lagi LRA iaitu LRA Ngoi-Ngoi 2 di Seremban dijangka dibina pada pertengahan tahun hadapan bagi menampung bekalan air bersih untuk penduduk Seremban utara.

Terdahulu, kerajaan negeri hari ini menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada Matrik Holdings Berhad bagi membantu penduduk di Negeri Sembilan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Simbolik penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan itu, Ho Kong Soon kepada Aminuddin di pejabatnya dekat Wisma Negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: LRA Sungai Linggi tidak lagi sesuai digunakan, kata Tok Mat

Artikel Berkaitan: