ADUN Kedah jalani saringan tiga hari sebelum Sidang DUN

Semua ADUN Kedah perlu jalani saringan Covid-19 tiga hari sebelum Sidang DUN bermula pada 15 November ini. (Gambar kecil: Juhari)
Semua ADUN Kedah perlu jalani saringan Covid-19 tiga hari sebelum Sidang DUN bermula pada 15 November ini. (Gambar kecil: Juhari)
A
A
A

ALOR SETAR - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah perlu menjalani saringan koronavirus (Covid-19) tiga hari sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pada 15 November ini.

Speaker DUN Kedah, Juhari Bulat berkata, persidangan yang diadakan di Wisma Darul Aman diteruskan dengan prosedur standard operasi (SOP) ketat sehingga 19 November ini.

Menurutnya, pemasangan pengadang lut sinar di antara tempat duduk setiap ADUN serta sanitasi permukaan kritikal seperti pintu, meja dan pembesar suara sebelum dan selepas bersidang juga dilakukan dalam usaha mengurangkan risiko pandemik tersebut.

"Setiap ADUN mesti mengisytiharkan status kesihatan melalui aplikasi MySejahtera termasuk pemeriksaan suhu. Pemakaian pelitup muka dan pematuhan kepada SOP penjarakkan fizikal adalah diwajibkan sepanjang tempoh sidang berlangsung.

"Jemputan dihadkan hanya kepada ADUN dan ketua jabatan terlibat. Tiada pemerhati luar dibenarkan masuk ke dalam dewan semasa sidang berlangsung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, persidangan selama lima hari tersebut juga dipendekkan tempoh waktunya iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1 petang sahaja.

"Media juga tidak dibenarkan masuk untuk liputan di dalam dewan tetapi hendaklah dilaksanakan secara video telecast di tempat yang telah ditetapkan sahaja," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan keputusan meneruskan Sidang DUN Kedah pada 15 hingga 19 November itu tertakluk kepada kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel Berkaitan: