X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

KWSP akan umum perincian pengeluaran akaun satu

Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperincikan syarat dan kaedah pengeluaran caruman akaun satu itu esok.

Menurutnya, beliau telah meminta KWSP perhalusi cadangan tersebut selepas mendengar keluhan dan rintihan rakyat Malaysia selepas Belanjawan 2021 diumumkan Jumaat lalu.

"KWSP akan umumkan esok. Sama ada perluaskan (pencarum yang dibenarkan keluar caruman akaun satu), biar mereka umumkan,” katanya menerusi wawancara khas di TV3 malam ini.

Tengku Zafrul berkata, beliau juga telah berbincang dengan KWSP supaya menimbang untuk memperluaskan bilangan pencarum bagi pengeluaran RM500 sebulan daripada akaun satu.

“Perbincangan itu dibuat kerana kerajaan mendengar keluhan ramai rakyat terjejas akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

“Kita akan beri peluang kepada rakyat Malaysia untuk keluarkan (simpanan) daripada akaun satu secara bersasar,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!