'Mak, ayah dia sudah datang jumpa kami'

Ismail Muda
Ismail Muda
A
A
A

KUALA TERENGGANU - "Ya, memang mereka (keluarga suspek) ada ziarah kami di rumah keluarga di Beladau Kepong, Serada di sini pagi tadi," demikian kata Ismail Muda, 58, bapa mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Siti Nur Surya Ismail.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai tujuan dan apa yang dibualkan dengan keluarga suspek sepanjang tempoh ziarah itu dan hanya berkata, beliau serahkan semuanya kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes tersebut.

"Ya, memang mak dengan ayah dia ada datang jumpa kami, tetapi cukup saya mengesahkan kedatangan mereka ke rumah.

"Saya tidak mahu ulas panjang-panjang, sebab kes ini masih dalam siasatan, jadi saya serahkan sepenuhnya kepada polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian difahamkan ibu dan bapa suspek dengan ditemani wakil jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) datang berjumpa keluarga Allahyarham dan disambut baik.

Ahad minggu lalu, Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah dengan pergelangan tangan kirinya putus di ruang tamu rumah di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja jaga ibu sakit maut dipercayai dibunuh

Suspek bunuh Siti Nur Surya negatif dadah

'Kalau keluarga dia datang, saya sedia maafkan'

Artikel Berkaitan: