Jogho wakil Asia pertandingan lembu sado

Sosok tubuh yang berotot membawa tuah kepada Jogho apabila terpilih sebagai wakil Asia ke pertandingan lembu 'sado' peringkat dunia yang dikenali sebagai Limousine -Champion of the World.
Sosok tubuh yang berotot membawa tuah kepada Jogho apabila terpilih sebagai wakil Asia ke pertandingan lembu 'sado' peringkat dunia yang dikenali sebagai Limousine -Champion of the World.
A
A
A

BACHOK - Sosok tubuh yang berotot membawa tuah kepada Jogho apabila terpilih sebagai wakil Asia ke pertandingan lembu sado peringkat dunia yang dikenali sebagai Limousine -Champion of the World.

Jogho yang seberat 1.6 tan dan bernilai RM25,000 itu turut mengharumkan nama Malaysia apabila bakal berentap dengan lembu-lembu baka Limousine dari seluruh dunia seperti Perancis, New Zealand, Afrika dan banyak lagi.

Pemiliknya, Zulkifli Yaakob, 51, berkata, beliau sendiri tidak menyangka Jogho yang dibelanya sejak dua tahun lalu itu dipilih untuk menyertai pertandingan peringkat dunia bagi mewakili Malaysia dan benua Asia.

"Alhamdulillah rezeki kami, menang atau kalah itu cerita lain.

"Jogho dipilih oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar selepas pihak berkenaan membuat saringan ke seluruh negeri untuk mencari lembu sado terbaik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keluat di sini hari ini.

Menurutnya, kriteria yang dipilih adalah berdasarkan struktur tubuh, ketinggian, panjang, cantik dan sebagainya.

Beliau yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Pura berkata, pertandingan yang dianjurkan di Perancis itu memberi peluang kepada semua pemilik lembu jenis Limousine untuk mempamerkan kehebatan lembu yang dimiliki.

Zulkifli berharap Jogho dapat mengharumkan nama jajahan Bachok di mata dunia selaku 'hub' lembu sado di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Menjaga Jogho tidak sukar, hanya perlu beri ia makan dua kali sehari dengan dedak dan rumput selain memandikan ia seminggu sekali," katanya.

Katanya, Jogho merupakan antara 12 ekor lembu yang dipeliharanya sejak 10 tahun lalu.

"Selain lembu Limousine, saya juga memelihara lembu baka dari Bali (Indonesia), Charolais dan kampung turut dibelanya.

"Semua ini dijadikan sebagai hobi bagi mengisi masa lapang selepas penat mengajar," katanya.