Bukti kerajaan prihatin usahawan bumiputera: PUNB

Gambar kecil: Izwan Zainuddin
Gambar kecil: Izwan Zainuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kelangsungan perniagaan usahawan bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, PUNB menzahirkan terima kasih kepada kerajaan di atas peruntukan khas untuk terus memperkasa usahawan bumiputera.

“Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, PUNB menerima RM230 juta yang mana melebihi peruntukan pada tahun 2020.

"Ini bermakna lebih ramai usahawan bumiputera akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, peruntukan yang diterima itu akan dimanfaatkan sebaiknya seperti visi PUNB iaitu menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan usahawan serta misi untuk menyediakan peluang kepada usahawan bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan sokongan perniagaan.

Artikel Berkaitan: