X

Kindly register in order to view this article
!

LRA Langat 2 siap sepenuhnya Disember 2023

Keseluruhan projek LRA Langat 2 dijadualkan siap dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM2.38 bilion. Gambar kecil: Hee Loy Sian
A
A

SHAH ALAM - Keseluruhan projek pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2023.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, ini termasuk pembinaan kolam-kolam perkhidmatan dan sistem agihan.

"Keseluruhan projek ini dijadualkan siap dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM2.38 bilion.

"Bagaimanapun, oleh kerana jaringan paip agihan air bersih belum siap, kapasiti penuh LRA ini tidak dapat digunakan sepenuhnya dan hanya mampu membekalkan 430 JLH kepada pengguna," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Zakaria Hanafi (BN-Semenyih) mengenai tarikh operasi Langat 2 dapat digunakan dan jumlah kos sebenar melibatkan projek ini.

Katanya, buat masa ini Loji Rawatan Air Langat 2 berkapasiti 1,130 Juta Liter Sehari (JLH) yang dibangunkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan telah mula beroperasi pada 21 Disember 2019 dengan kapasiti 565 JLH (Stream B).

"Air bersih dari LRA ini dibekalkan ke Wilayah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur dengan purata pengeluaran semasa adalah sebanyak 430 JLH.

"Bagi Stream A yang juga berkapasiti 565 JLH telah selesai pentauliahan (commissioning) dan dijadualkan diserahkan kepada Air Selangor pada 30 Oktober lalu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!