Lelaki langgar polis dipenjara lima bulan

MAHKAMAH 1
MAHKAMAH 1
A
A
A

AMPANG - Padah melanggar polis dalam sekatan jalan raya, seorang jurujual warga Indonesia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Majistret Mohamad Firdaus Syadina Ali membuat keputusan itu selepas Nasir Saalun, mengaku melakukan perbuatan itu.

Nasir, 28, mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang penjawat awam di Persiaran Pandan Jaya, Pandan Indah, Hulu Langat di sini, jam 10.30 pagi, pada 22 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang merupakan anggota polis trafik sedang melakukan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

Mangsa mengarahkan tertuduh untuk memberhentikan motosikalnya bagi tujuan pemeriksaan, bagaimanapun tertuduh mengingkari arahan itu sebelum terus memecut lalu melanggar mangsa.

Akibatnya, mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk di peha.

Artikel Berkaitan: