'Manchester City wajib menang berdepan Liverpool'

Gabriel Jesus - Foto sportsyahoo.com
Gabriel Jesus - Foto sportsyahoo.com
A
A
A

BINTANG Manchester City, Gabriel Jesus menyifatkan pasukannya itu perlu mencatatkan kemenangan apabila berdepan Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Penyerang Brazil itu berkata, kemenangan itu akan secara keseluruhannya akan membantu skuad The Citizens itu untuk merapatkan kedudukan dengan skuad The Reds selaku peneraju EPL ketika ini.

“Ia satu perlawanan yang penting buat kami dan ia adalah satu pertembungan dengan dengan pendahulu carta EPL ketika ini.

“Kami perlu memenangi pertemuan ini sekiranya mahu mengulangi sejarah memenangi semula trofi EPL.

“Oleh itu, kami perlu kekal fokus terutamanya apabila perlawanan ini berlangsung di gelanggang sendiri di mana kami perlu beraksi dengan cara sendiri dan mencatatkan kemenangan,” katanya.

Untuk rekod City kini berada pada kedudukan ke sepuluh EPL dengan 11 mata hasil tiga kemenangan, dua seri dan tewas sekali daripada enam perlawanan manakala Liverpool yang mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan, seri sekali dan tewas sekali daripada tujuh perlawaan setakat ini.

Terdahulu, City mencatatkan kemenangan 3-0 ketika berdepan Olympiakos pada aksi Liga Juara-Juara di Eitihad, kelmarin.

Sementara itu Jesus yang baru pulih daripada kecederaan berazam untuk memberikan aksi terbaiknya bagi membantu kemenangan City pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Jesus yang mengalami kecederaan ketika beraksi berdepan Wolves pada 21 September lalu turut gembira apabila diberikan peluang beraksi oleh pengendali City, Pep Guardiola pada aksi Liga Juara-Juara berdepan Olympiakos.

“Biarpun hanya beraksi selama beberapa minit, ia sudah memadai bagi saya kerana bila saya cedera, ia agak menyedihkan.

“Tetapi bagi saya ia adalah perkara normal dan saya fokus untuk segera pulih dengan bekerja setiap hari dan mampu pulih lebih awal daripada yang sepatutnya,” katanya.

.