Bantuan Prihatin Covid-19 Sabah diagihkan hujung minggu ini

Ir Shahelmey Yahya menerangkan bahawa agihan bantuan makanan mengikut kriteria yang ditetapkan kerajaan Negeri ketika lawatannya di pusat agihan bakul makanan di Dewan Sri Sulaman, Tuaran
Ir Shahelmey Yahya menerangkan bahawa agihan bantuan makanan mengikut kriteria yang ditetapkan kerajaan Negeri ketika lawatannya di pusat agihan bakul makanan di Dewan Sri Sulaman, Tuaran
A
A
A

KOTA KINABALU - Bantuan Prihatin koronavirus (Covid-19) sebanyak RM160 juta yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Rabu lalu akan diagihkan bermula hujung minggu ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya berkata, pengagihan bantuan itu akan dilakukan melalui pelbagai kementerian di Sabah.

"Bagi yang belum menerima bakul makanan, pada minggu lalu Ketua Menteri umumkan akan ada bantuan khas Covid-19 Sabah berjumlah RM160 juta dan ia akan mula diagihkan menjelang hujung minggu ini serta minggu hadapan melalui pelbagai kementerian yang ada di Sabah.

"Kita akan menggunakan data-data ada di kementerian dan data ini sedang diteliti. Bantuan ini berbentuk bantuan kewangan dan Insya- ALLAH ia akan terus dimasukkan ke dalam akaun penerima," katanya ketika ditemui media selepas membuat lawatan kerja di pusat agihan sumbangan bakul makanan di Dewan Sri Sulaman, Tuaran hari ini.

Ir Shahelmey Yahya melawat pusat agihan sumbangan bakul makanan di Dewan Sri Sulaman, Tuaran.
Ir Shahelmey Yahya melawat pusat agihan sumbangan bakul makanan di Dewan Sri Sulaman, Tuaran.

Dalam pada itu Shahelmey berharap dengan adanya Bantuan Prihatin Covid-19 itu akan lebih ramai golongan sasar mendapat manfaat sekali gus meringankan beban yang dihadapi ketika berhadapan dengan pandemik ini.

Katanya, sehingga semalam sebanyak 125,000 bakul makanan telah diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan sasar di seluruh Sabah.

"Aktiviti agihan diteruskan dan kita masih mengguna pakai kriteria yang ditetapkan kerajaan negeri melibatkan semua keluarga isi rumah yang berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi keluarga yang dikenakan kuarantin.

Artikel Berkaitan:

"Agihan bakul makanan ini mengikut jumlah kes yang dikenakan kuarantin dan kawasan dikenakan PKPD tetapi secara purata sekitar 1,000 hingga 3,000 bakul makanan diagihkan di Sabah setiap hari," katanya.