X

Kindly register in order to view this article
!

Sindir-menyindir dipercayai motif Siti Nur Surya dibunuh

Semalam, suspek ditahan selepas tampil ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu kira- kira jam 7.30 pagi dengan ditemani ibunya kononnya untuk membantu siasatan.
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Tidak berpuas hati disebabkan kata mengata dan sindir menyindir sebelum ini dipercayai menjadi punca suspek nekad membunuh rakan sekolahnya dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong di sini.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek membuat pendedahan motif kejadian itu semasa tampil ke Balai Polis Telemong di sini bagi membantu siasatan pada peringkat awal dengan ditemani ibunya, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Mohd Adli berkata, polis masih menyiasat sama ada pelajar perempuan Tingkatan Enam tersebut melakukan pembunuhan itu bersama individu lain atau berseorangan.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan jenayah itu bersendirian berdasarkan hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian selain bahan bukti yang ada di lokasi termasuk kesan tapak kaki.

"Setakat ini, kita tidak boleh sahkan sama ada suspek ada rakan jenayah yang lain atau sebaliknya kerana siasatan masih di peringkat awal.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pihak polis untuk membantu siasatan," katanya.

Pagi tadi, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekolah kepada mangsa bunuh ditahan

Terdahulu, remaja itu yang mengenakan baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang di sini kira-kira jam 10.10 pagi.

Semalam, suspek ditahan selepas tampil ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu kira- kira jam 7.30 pagi dengan ditemani ibunya kononnya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan diberi remaja terbabit mencurigakan lalu ditangkap untuk siasatan lanjut.

Penahanan remaja yang bersekolah bersama mangsa daripada Tingkatan Satu hingga Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembunuhan kejam itu.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ketika kejadian, bapa mangsa tiada di rumah, manakala mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa harap pembunuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal

Suspek bunuh Siti Nur Surya direman tujuh hari

Suspek bunuh Siti Nur Surya negatif dadah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!