Premis judi dalam talian diserbu

Razali (kanan) melihat peralatan yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Komersial Koi Jalan Puchong, Serdang semalam.
Razali (kanan) melihat peralatan yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Komersial Koi Jalan Puchong, Serdang semalam.
A
A
A

SERDANG - Seramai 15 individu termasuk lima warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Komersial Koi Jalan Puchong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia 25 hingga 36 tahun.

"Kita menahan 10 warga tempatan, masing-masing dua warga Myanmar dan Indonesia serta seorang warga Bangladesh dalam serbuan pada jam 8.30 malam.

"Kita mendapati lima individu yang ditahan itu merupakan penjaga premis berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Razali berkata, pihaknya turut merampas 16 unit komputer riba, satu unit komputer riba utama, satu unit modem dan wang tunai RM68.

"Siasatan awal mendapati premis berkenaan telah beroperasi selama kira-kira empat tahun dan mengaut keuntungan sebanyak RM8,000 sebulan.

“Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Razali berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi bagi membanteras aktiviti perjudian haram dan kegiatan jenayah lain di daerah ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil atau menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.