MAIS sahkan status tanah rumah ibadat bukan Islam di Serendah milik kerajaan negeri

Keadaan kawasan tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor menjadi perhatian susulan hantaran tular di media sosial berhubung dakwaan pencerobohan tanah bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Keadaan kawasan tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor menjadi perhatian susulan hantaran tular di media sosial berhubung dakwaan pencerobohan tanah bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor yang dikaitkan dengan pembinaan rumah ibadat bukan Islam adalah milik institusi berkenaan.

Setiausahanya, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, tanah itu menjadi perhatian susulan satu hantaran tular di Facebook yang mengaitkannya dengan pembinaan rumah ibadat bukan Islam secara haram.

"Berdasarkan semakan yang dibuat dengan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, tanah tersebut adalah tanah milik kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Sabirin memberitahu, MAIS turut dimaklumkan penyelesaian berhubung perkara itu sedang dalam tindakan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, MAIS menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah terhadap institusi agama Islam.

Pada masa sama, MAIS mengalu-alukan kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan dakwaan pencerobohan tanah yang dipercayai milik atau di bawah pengurusan institusi itu.

Aduan boleh disalurkan menerusi talian 03-5514 3400 atau 03-5514 2175, selain Sistem Aduan MAIS di eaduan.mais.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!