Kerajaan belum laksanakan harga lantai getah

Pekerja sedang mengumpul skrap getah. Gambar kecil, Tuan Mohamad
Pekerja sedang mengumpul skrap getah. Gambar kecil, Tuan Mohamad
A
A
A

SIK - Kerajaan belum melaksanakan harga lantai, sebaliknya Harga Pengaktifan Bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) beharga RM2.50 untuk sekilogram getah skrap.

Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Lembaga Getah Malaysia (LGM), Tuan Mohamad Tuan Muda berkata, harga sekilogram getah skrap akan diaktifkan kepada RM2.50 sekiranya paras harga getah kurang daripada jumlah itu.

"Jika harga getah kurang daripada RM2.50, kerajaan akan membayar insentif. Jika harganya di atas RM2.50 bayaran itu tidak diaktifkan.

"Itu bukan harga lantai dan kita belum laksanakan. Jika harga lantai dilaksanakan barulah pembeli getah dapat membeli dengan harga ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, ramai penoreh keliru dengan penetapan RM2.50 yang disangka harga lantai dan sebelum ini paras harga bantuan IPG hanya RM2.20 sekilogram.

Terdahulu, 24 November lalu, Sinar Harian melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga komoditi itu dinaikkan daripada RM2.20 kepada RM2.50 dengan tambahan 30 sen.

Ia disusuli kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah pada 21 Disember bahawa kerajaan menaikkan harga lantai daripada RM2.20 kepada RM2.50 bermula Januari tahun ini.

Artikel Berkaitan: