Ras Adiba, keluarga jalani ujian swab selepas adik sah positif Covid-19

SHAH ALAM - Pegawai Khas yang juga adik kepada Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi dilaporkan positif koronavirus (Covid-19).
Ras Adiba memberitahu, adiknya, Ras Afiona disahkan positif wabak itu selepas menjalani ujian saringan baru-baru ini dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Susulan itu katanya, beliau dan keluarga menjalani ujian swab serta kuarantin untuk tindakan selanjutnya.
"Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 orang ahli keluarga sedang menunggu keputusan saringan Covid-19.
"Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang menimpa saya dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di Instagram beliau, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh sidang Dewan Rakyat dipendekkan kerana kebimbangan Covid-19
Katanya, beliau reda dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang.
"Saya memohon agar Yang Esa melindungi kita semua dari wabak pandemik Covid-19 ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Varian Covid-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat
21 Ogos 2024 10:00amKKM keluarkan perincian semakan semula SOP Covid-19
29 Jun 2024 03:36pmKKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura
19 Mei 2024 01:45pmKes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
19 Januari 2024 01:14pmRais bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok
24 September 2026 11:22pmSuami isteri terlepas hukuman mati, menangis peluk ahli keluarga
24 September 2026 05:42pmIbu maut, empat anak cedera nahas dua kenderaan
24 September 2026 11:33amSuri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau
24 September 2026 02:38pmAnak didakwa bunuh ibu kandung
24 September 2026 02:16pm
