Covid-19: Finas tutup premis dan operasi di Hulu Kelang

Finas
Finas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) hari ini mengumumkan penutupan sementara premis dan operasi perkhidmatannya di Hulu Kelang selama lima hari bermula esok (2 November) selepas seorang individu yang mengikuti sebuah program di premis berkenaan pada 24 Oktober lepas didapati positif koronavirus (Covid-19).

Finas dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh itu, kaunter bagi urusan berhubung permohonan, pembaharuan lesen, Bayaran Filem Import, Sijil Perakuan Penggambaran Filem (SPP), Surat Akuan Filem Iklan Buatan Malaysia (MIM), Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) dan Tuntutan Bayaran Balik Deposit, ditutup.

"Untuk sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan operasi perkhidmatan Finas, boleh berhubung terus di talian hotline 03-7968 2182 atau e-mel di info@finas.my. Talian hotline dibuka dari jam 10 pagi hingga 3 petang kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum," menurut kenyataan itu.

Makluman akan dikemaskini di laman sesawang www.finas.gov.my dan media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @FinasMalaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: