'Nak dapat RM5 pun susah'

Pemandu teksi mengeluh pendapatan mereka semakin menurun sejak PKPB. Gambar kecil: Razali dan Taufik
Pemandu teksi mengeluh pendapatan mereka semakin menurun sejak PKPB. Gambar kecil: Razali dan Taufik
A
A
A

SHAH ALAM - Pemandu teksi di sini mengeluh kerana pendapatan mereka mula merosot sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mereka mendakwa sukar mendapat pelanggan dan pada masa sama perlu mengeluarkan kos untuk petrol dan penyelenggaraan kenderaan.

Pemandu teksi yang ditemui, Taufik Mokhtar, 70, berkata sejak PKPB dilaksanakan, beliau sukar mendapat pelanggan dan ada ketika pendapatannya tidak sampai RM30 sehari.

Menurutnya, sebelum ini beliau boleh mendapat upah lebih RM100 sehari tetapi sukar mendapat RM5 dalam tempoh sejam sejak pandemik Covid-19.

"Pelbagai perkara yang perlu difikirkan sebelum keluar memandu teksi kerana perlu modal juga untuk petrol dan selenggara teksi," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, beliau berharap kerajaan turut mengambil berat golongan pemandu teksi yang kini berdepan masalah kewangan.

"Saya harap kerajaan dapat membantu kami dan ada peruntukan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan nanti. Kami juga berharap Covid-19 ini dapat berakhir," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nasib pemandu teksi mendapat perhatian daripada beberapa pihak antaranya Matan Centre, Pas Shah Alam dan Dapur Tokku apabila mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada lebih 80 pemandu teksi, kereta sewa dan pemandu Grab di Hentian Teksi Seksyen 2 hari ini.
Nasib pemandu teksi mendapat perhatian daripada beberapa pihak antaranya Matan Centre, Pas Shah Alam dan Dapur Tokku apabila mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada lebih 80 pemandu teksi, kereta sewa dan pemandu Grab di Hentian Teksi Seksyen 2 hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam Razali Sahran, 53, berkata, PKPB secara tidak langsung memberi kesan kepada pendapatan pemandu teksi.

Lebih membimbangkan apabila banyak pusat membeli-belah terpaksa ditutup menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas

Nasib pemandu teksi mendapat perhatian daripada beberapa pihak antaranya Matan Centre, Pas Shah Alam dan Dapur Tokku apabila mengadakan kerjasama Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada lebih 80 pemandu teksi, kereta sewa dan pemandu Grab di Hentian Teksi Seksyen 2 hari ini.

Yang Dipertua Pas Shah Alam Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, bantuan disalurkan secara langsung bagi membantu pemandu teksi yang terkesan.

"Program dilaksanakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang mana kita menyampaikan bantuan kepada mereka yang terkesan dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini.

"Barangan diberikan termasuk beras dan beberapa keperluan asas dapur bernilai RM70. Kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat," katanya.