‘Misi bawa isteri tunai umrah pula’

Muhammad Shahfarid teruja menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM60,000 dan barangan menarik.
Muhammad Shahfarid teruja menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM60,000 dan barangan menarik.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penyelia dan isterinya yang pernah menikmati percutian pelayaran mewah bersama Star Cruises hasil kemenangan peraduan kumpul dan menang anjuran Sinar Harian sekali lagi mencuba nasib menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang sedang berlangsung sekarang.

Muhammad Shahfarid Sahbudin, 34, berkata, peraduan yang disiarkan akhbar Sinar Harian menarik minatnya kerana bukan sahaja menawarkan hadiah lumayan tetapi menguji tahap pengetahuan sebagai seorang pelanggan setia akhbar itu tentang gambar lokasi menarik yang terdapat di negara ini.

Menurutnya, peraduan yang bermula sejak 5 Oktober lalu itu menampilkan sedikit kelainan berbanding peraduan yang disertainya sebelum ini.

“Cabaran dalam peraduan itu berbeza kerana ia memerlukan ketelitian ketika menjawab soalan berdasarkan pengumpulan enam gambar yang disiarkan akhbar ini dengan tepat,” katanya kepada Sinar Ahad.

Muhammad Shahfarid berkata, beliau memasang impian menunaikan umrah bersama isterinya, Nor Amira Mohamad khodori 32, sekiranya memenangi peraduan itu.

“Saya dan isteri mahu menjejak kaki ke tanah suci Makkah jika menang peraduan ini dan berharap ia menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, beliau memang berminat menyertai pelbagai peraduan sejak di sekolah menengah.

“Saya bersyukur kerana dalam banyak peraduan disertai, saya sering kali terpilih sebagai pemenang. “Saya berharap ada rezeki saya kali ini terpilih memenangi peraduan ini sebagai hadiah ulang tahun kelahiran pada 26 Oktober lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk menghargai para pembaca dengan menawarkan wang tunai berjumlah RM60,000 dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Pembaca juga berpeluang memenangi hadiah iringan dan saguhati seperti motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.

Peraduan itu yang bertemakan ‘Malaysia Indah’ akan berlangsung sehingga 29 November depan.