Selangor peruntuk RM6 juta untuk Program Food Bank

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2021 pada Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2020 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM6 juta untuk Program Food Bank Selangor yang akan dilaksanakan ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu sebagai satu usaha kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin bandar di sekitar Selangor.

"Kekurangan dan ketidakseimbangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak menjadi isu yang perlu diberikan perhatian.

"Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara mendapati sebanyak 33 peratus kanak-kanak di kawasan tersebut mengalami masalah pertumbuhan terbantut dan kekurangan nutrisi," katanya.