Selangor yakin mampu atasi gangguan bekalan air

Ir Izham Hashim
Ir Izham Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor yakin mampu menyelesaikan isu berkaitan gangguan bekalan air disebabkan pencemaran.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, sebahagian daripada penyelesaian akan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam sesi pembentangan bajet pada petang ini.

"Dalam sesi taklimat ini, kita mendapat maklum balas yang baik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ahli Parlimen yang hadir berkaitan cadangan penyelesaian berkaitan isu gangguan bekalan air.

"Menerusi taklimat, kita turut maklumkan mengenai penyelesaian segera yang mana kita jangka 99 peratus masalah gangguan bekalan air akan selesai apabila berlakunya pencemaran.

"Pada masa sama kita turut bentangkan penyelesaian dalam tiga hingga lima tahun untuk jangka masa panjang," katanya ketika sidang media Taklimat Pelan Perancangan penyelesaian masalah bekalan air di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akibat pencemaran, bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, hari ini.

Antara ADUN, Ahli Parlimen yang hadir pada Taklimat Pelan Perancangan penyelesaian masalah bekalan air di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akibat pencemaran bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS hari ini.
Antara ADUN, Ahli Parlimen yang hadir pada Taklimat Pelan Perancangan penyelesaian masalah bekalan air di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akibat pencemaran bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS hari ini.

Terdahulu, pada 19 Oktober lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor kira-kira jam 2.00 pagi.

Kerajaan Negeri Selangor kemudian mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk menggunakan perkhidmatan empat buah dron berteknologi tinggi bermula November depan sebagai antara langkah terbaik bagi memantau salah laku melibatkan alam sekitar.

Artikel Berkaitan: