SK Kampung Jambu pula ditutup

Makluman penutupan SK Kampung Jambu yang dikeluarkan JPN Perak hari ini.
Makluman penutupan SK Kampung Jambu yang dikeluarkan JPN Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jambu di Taiping ditutup selama tujuh hari bermula esok berikutan pengesahan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) membabitkan warga sekolah terbabit.

Penutupan sehingga 5 November itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Makluman penutupan berkenaan dibuat Jabatan Pendidikan Negeri Perak menerusi Facebook rasmi hari ini.

Penutupan itu menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang ditutup di Perak adalah 17 sekolah sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara bermula September lalu.

Sebelum ini, sebanyak 12 sekolah di Perak dilaporkan sudah ditutup selama tujuh hari akibat penularan kes jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan murid dan guru.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang dalam daerah Larut Matang Selama.

Turut ditutup ialah SK Lekir di Batu 8 dekat Sitiawan, SMK Aminuddin Baki dan SK Klebang Jaya masing-masing di Chemor, Ipoh serta SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

SMK Raja Lope Nor Rashid di Tanjung Piandang, Kerian ditutup selama tujuh hari bermula 20 Oktober sehingga 26 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: