X

Kindly register in order to view this article
!

649 kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah. Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes pulih koronavirus (Covid-19) hari ini mengatasi angka kes positif dengan 685 kes pulih dilaporkan, manakala kes baharu adalah sebanyak 649 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes positif itu sebanyak 642 kes adalah penularan dalam negara, manakala tujuh lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Memperincikannya, beliau berkata, 352 kes dilaporkan di Sabah manakala 132 kes di Selangor, Negeri Sembilan (43), Kedah (37), Kuala Lumpur (21), Labuan (17), Pulau Pinang (13), Johor (10), Sarawak (lapan), Perak (lima), manakala masing-masing satu kes di Pahang, Melaka, Terengganu dan Putrajaya.

“Di Sabah, 55 kes adalah daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson, 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 127 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

“Di Selangor, 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan, 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata, di Negeri Sembilan pula, 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bunga, lima kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan dua kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Beliau berkata di Kedah, 37 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada, manakala di Kuala Lumpur pula 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada, lapan kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan satu daripada lain-lain saringan Covid-19.

Katanya 15 kes di Labuan adalah daripada kluster sedia ada dan dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19, manakala di Pulau Pinang, 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

“Di Johor pula, sembilan kes daripada kluster sedia ada dan satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19, manakala di Sarawak, tujuh kes daripada kluster-kluster sedia ada dan satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

“Di Perak, empat kes daripada kluster-kluster sedia ada dan satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19, manakala satu kes di Pahang adalah daripada lain-lain saringan Covid-19, satu kes di Putrajaya pula daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 manakala satu kes di Melaka dan satu kes di Terengganu, masing-masing adalah daripada kluster sedia ada,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes yang dilaporkan di Sabah dan negeri-negeri di Lembah Klang, yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyumbang sebanyak 78.7 peratus daripada jumlah harian kes positif Covid-19 secara keseluruhan.

Beliau berkata, bagi kes import pula, ia membabitkan dua warganegara dan lima bukan warganegara yang tiba dari Indonesia iaitu sebanyak lima kes, dan masing-masing satu dari India dan Filipina.

“Jumlah kes positif Covid-19 di dalam negara adalah sebanyak 30,090 kes serta jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 10,087. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 19,757 kes iaitu 65.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 106 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 23 kes memerlukan bantuan pernafasan, dan tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 246 kes iaitu 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!