Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah ditutup seminggu

Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah ditutup tujuh hari.
Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah ditutup tujuh hari.
A
A
A

PORT DICKSON - Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah di sini, menjadi sekolah kedua ditutup di daerah Port Dickson susulan kes koronavirus (Covid-19).

Menurut sumber, sekolah berkenaan diarahkan tutup selama lima hari bermula hari ini sehingga 5 November depan selepas seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua disahkan positif Covid-19.

Tinjauan Sinar Harian di sekolah itu hari ini mendapati kelihatan beberapa pelajar Tingkatan Dua dan ibu bapa masing-masing difahamkan menunggu giliran untuk ke Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk bagi membuat saringan Covid-19.

Seorang penjaga memberitahu, dia dimaklumkan pelajar Tingkatan Dua sahaja dikehendaki datang ke sekolah untuk membuat saringan hari ini.

Turut kelihatan kakitangan Pejabat Kesihatan Port Dickson yang membuat kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi.

Kelihatan kakitangan Pejabat Kesihatan Port Dickson membuat kerja-kerja sanitasi di Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah.
Kelihatan kakitangan Pejabat Kesihatan Port Dickson membuat kerja-kerja sanitasi di Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Mat Piah Md Jamin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, Sekolah Agama Rakyat An-Nur Springhill di sini, diarah tutup tujuh hari bermula 22 Oktober selepas pengesahan kes jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Arahan itu dikeluarkan menerusi satu surat rasmi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli kepada guru besar.

Bagaimanapun Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan berkata, Pegawai Kesihatan Daerah Port Dickson memaklumkan tiada kes Covid-19 di sekolah itu melainkan salah seorang petugas mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19.