44 anggota, pegawai polis di Selangor jalani kuarantin

Noor Azam
Noor Azam
A
A
A

SERDANG - Seramai 44 anggota dan pegawai polis yang bertugas di Selangor sedang menjalani kuarantin kendiri sebagai langkah berjaga-jaga selepas terdedah dengan individu yang didapati positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan isteri kepada anggota di IPD Kajang disahkan positif wabak berkenaan.

“Setakat ini, tiada keperluan untuk tutup IPD dan balai sebagaimana dibuat sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di IPD Serdang di sini hari ini.

Mengenai kekuatan polis di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Noor Azam berkata, pihaknya mengerahkan seramai 60 anggota untuk setiap syif bagi memantau kawasan berkenaan.

“Kita sentiasa bersiap siaga dalam apa jua situasi seperti PKPD. Kita sudah menggerakkan semua kekuatan sedia ada bagi memantau kawasan PKPD.

“Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membantu dalam penugasan tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan: