X

Kindly register in order to view this article
!

Dapat setengah juta riyal jika 'frontliners' maut akibat Covid-19

Gambar fail menunjukkan beberapa pekerja kesihatan melakukan ujian mengesan pandemik Covid-19 terhadap orang awam di Hospital Diriyah, utara Riyadh. - Foto: AFP
A
A

RIYADH - [DIKEMASKINI] Arab Saudi akan memberikan bantuan kewangan sebanyak 500,000 riyal (RM555,829.76) kepada keluarga pekerja kesihatan yang meninggal dunia akibat pandemik koronavirus (Covid-19), lapor portal berita Al Arabiya semalam.

Bantuan itu diberikan kepada keluarga para pekerja kesihatan di sektor awam dan swasta, sama ada orang awam atau ketenteraan dan semua kewarganegara yang meninggal dunia akibat Covid-19.

"Sejumlah 500,000 riyal akan diedarkan kepada keluarga yang meninggal dunia akibat pandemik koronavirus yang bekerja di sektor kesihatan kerajaan sama ada orang awam atau ketenteraan, rakyat Arab Saudi atau tidak," kata satu keputusan daripada Majlis Menteri-Menteri negara beraja tersebut.

Keputusan itu juga dibuat selepas satu sesi mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz diadakan.

Menurut portal Arab News, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menyediakan kakitangan kesihatan dengan pelbagai bantuan, peralatan perubatan dan mensanitasikan kemudahan kesihatan sebagai usaha memerangi pandemik tersebut.

Pada Selasa lalu, pihak kementerian melaporkan 16 kematian dan 339 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah pesakit yang dijangkiti pandemik tersebut ialah 345,631 orang.

Angka kematian akibat pandemik itu ialah 5,329 orang. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!