Covid-19: SK Haji Hassan di Tapah ditutup

Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Tapah Road di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini berikutan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).- Gambar hiasan
Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Tapah Road di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini berikutan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).- Gambar hiasan
A
A
A

TAPAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Tapah Road di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini berikutan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, penutupan itu dibuat sehingga 3 November sebagai langkah pencegahan awal selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebagai langkah susulan sekolah ini akan disanitasi dalam masa terdekat.

"Diharap semua ibu bapa dapat memantau kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan sekiranya didapati bergejala seperti demam, batuk dan selesema," katanya.

Menurutnya, ibu bapa dan guru juga diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memastikan penjagaan penjarakkan fizikal ketika berada di tempat awam, pemakaian pelitup muka, penjagaan kebersihan diri dan sebagainya.

Setakat ini, 16 sekolah di Perak telah ditutup akibat gelombang ketiga Covid-19 melanda negara sejak September lalu.

Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota, SK Ulu Mengkuang dan SK Klian Pauh dalam daerah Larut Matang Selama.

Bagi daerah Kerian melibatkan SK Tanah Kebun, SMK Raja Lope Nor Rashid, SMK Abu Bakar Al Baqir dan SMK Pekan Baru.

Artikel Berkaitan:

Turut ditutup SMK Aminuddin Baki, SK Klebang Jaya dan SMK Dato Haji Mohd Taib di Ipoh, manakala SK Lekir dekat Sitiawan.

Akibat penularan Covid-19 juga, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) telah dikuatkuasakan di Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Tapah sehingga 4 November depan.