Anwar sedia kerjasama dengan pemimpin bebas rasuah

Anwar menerusi satu kenyataan hari ini berkata, PKR bersedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.
Anwar menerusi satu kenyataan hari ini berkata, PKR bersedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan kepada mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan serta idealisme.

Demikian reaksi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai perkembangan politik negara yang berlaku mutakhir ini termasuk negara bebas daripada pengisytiharan 'darurat'.

"Alhamdulillah, kita berjaya menyelamatkan negara ini daripada diisytiharkan darurat dan sekali lagi saya menzahirkan kesyukuran ke atas keprihatinan Raja-raja Melayu mempertahankan keluhuran Perlembagaan daripada penyalahgunaan kuasa pemerintah.

"Peringatan dan penegasan Raja-raja Melayu berkait penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan tidak harus dipandang enteng, malah harus didukung oleh semua pihak yang ada kesedaran serta kejituan dalam menolak kebobrokan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, parti di bawah pimpinannya akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, PKR bersedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.

"Bersabit dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kelak, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) yakni kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh.

"Ia termasuk dalam menangani dampak pandemik koronavirus (Covid-19), pengangguran dan juga masalah kemiskinan," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sokongan kepada Anwar hanyalah kerjasama bersyarat tanpa DAP'