Ibu kandung Muhammad Kenji dicari

Muhammad Kenji
Muhammad Kenji
A
A
A

PETALING - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditinggalkan ibunya di sebuah rumah jagaan milik rakannya.

Pegawai JKM Petaling, Nurul Fazliyani Hassan berkata, ibunya seorang warga Indonesia dikenali Juwita meninggalkan anaknya, Muhammad Kenji ketika berusia dua bulan yang kini dipelihara rakannya itu.

Menurutnya, usaha mengesan wanita berkenaan tidak berjaya sebelum kes itu dirujuk ke pihak JKM.

"Perintah mahkamah telah dikeluarkan pada 16 Ogos 2018 untuk memberi keizinan kepada ibu bapa angkat menjaga kanak-kanak selama dua tahun.

"Kami juga telah membawa kanak-kanak ke mahkamah sekali lagi dan permohonan membuat siaran akhbar telah dibenarkan," katanya.

Katanya, waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung boleh menghubungi pejabat JKM Petaling di talian 03-78422584/87.

Artikel Berkaitan: