X

Kindly register in order to view this article
!

Pantai Cermin masih ditutup kepada orang awam

Pantai Cermin di Batu 10, Port Dickson semakin pulih dan bersih daripada tumpahan minyak. Gambar kecil: Aminuddin Harun
A
A

SEREMBAN- Kerja-kerja pembersihan Pantai Cermin di Batu 10, Port Dickson yang terjejas akibat tumpahan minyak minggu lalu telah selesai, namun lokasi itu masih belum dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia susulan lokasi tersebut masih dalam pemantauan pihak berkuasa.

"Pemantauan masih dilakukan bagi memastikan pantai tersebut benar-benar pulih daripada tumpahan minyak yang dikesan pada 12 Oktober lalu.

"Bagaimana pun, setakat ini, keadaan pantai dilihat semakin pulih seperti sedia kala dan bersih," katanya selepas mengulas lanjut mengenai perkembangan kerja pembersihan Pantai Cermin di Batu 10, Port Dickson, semalam.

Terdahulu, tumpahan minyak dikesan di sepanjang tiga kilometer (KM) disedari orang ramai lebih kurang jam 11.30 pagi yang mendakwa terhidu bau minyak yang kuat dari arah pantai.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengambil sampel minyak untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui jenis minyak.

Sepuluh buah agensi negeri membabitkan 83 orang anggota terlibat dalam kerja-kerja pembersihan sisa pencemaran tumpahan minyak di pantai berkenaan.

Agensi-agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Turut terlibat ialah Tenaga Nasional Bhd (TNB), Jabatan Laut, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!