Kindly register in order to view this article
!
Koroner, Rofiah Mohamad berkata, semua pihak terutamanya pihak-pihak berkepentingan dalam inkues itu perlu menghormati mahkamah.
"Elakkan keluarkan kenyataan seperti yakin (Muhamad) Adib mati dalam keadaan tertentu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Yakin Adib dipukul: Peguam
Menurutnya, ia seolah-olah pihak tersebut telah mendahului mahkamah sedangkan prosiding inkues belum bermula.
"Ini adalah permerhatian mahkamah. Kita (pihak-pihak berkepentingan) menyertai inkuiri ini sebab mahu tahu apa yang terjadi (kematian Muhammad Adib)," katanya.
Sebelum ini peguam keluarga Muhammad Adib berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa kematian anak guamnya itu disebabkan dipukul.