[VIDEO] 23 kes positif Covid-19 dilapor di Flat Pelangi Damansara

Penduduk blok B Flat Pelangi Damansara menunggu giliran untuk disaring.
Penduduk blok B Flat Pelangi Damansara menunggu giliran untuk disaring.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 23 kes positif kes Covid-19 dikesan melibatkan penduduk di kawasan Flat Pelangi Damansara di Persiaran Surian di sini hari ini.

Wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Dr Abdullah Shafie mengesahkan bahawa seramai 760 penduduk di blok B flat berkenaan telah selesai melakukan saringan awal.

"Kita mula buat saringan sejak jam 6.30 pagi tadi melibatkan mereka yang mempunyai simptom dan gejala," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Dr Abdullah berkata, saringan akan dibuat di blok B sebelum diteruskan ke blok C, D,E dan F.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak polis akan membantu bagi melancarkan operasi saringan berkenaan.

Petugas barisan hadapan bersama mengerakkan kempen 'Keep PJ Safe' sebelum proses saringan penduduk di blok B Flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya dimulakan semula petang tadi.
Petugas barisan hadapan bersama mengerakkan kempen 'Keep PJ Safe' sebelum proses saringan penduduk di blok B Flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya dimulakan semula petang tadi.

"Saya telah menempatkan anggota seawal jam 5 pagi tadi dan kita berhenti rehat jam 11.30 pagi. Jam 5 petang kita mula balik untuk saring penduduk yang pulang bekerja," katanya.

Menurut Ezanee, sebagai langkah berjaga-jaga, anggota polis akan memastikan penduduk di situ mematuhi SOP termasuk penjarakkan fizikal.

Artikel Berkaitan:

"Kita sedang menggerakkan kempen 'Keep PJ safe' di mana penduduk di Petaling Jaya hanya keluar rumah bila ada keperluan termasuk beriadah, bersenam dan sebagainya boleh buat di kawasan rumah," katanya

Difahamkan, Polis Petaling Jaya telah mengeluarkan sebanyak 1,089 kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dilaksanakan bermula Mac lalu.

No Image Caption
Play Icon