JDT hilang pendapatan RM35 juta akibat Covid-19

Tunku Ismail mengadakan sidang akhbar berkenaan perkembangan, perancangan dan status pasukan JDT di Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
Tunku Ismail mengadakan sidang akhbar berkenaan perkembangan, perancangan dan status pasukan JDT di Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
A
A
A

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) hilang pendapatan RM35 juta pada tahun ini akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap keadaan ekonomi akan pulih dengan segera sekali gus memberi kesan positif terhadap pendapatan JDT.

"Kalau ada pemulihan daripada segi ekonomi, kewangan JDT boleh pulih dalam masa antara satu hingga dua tahun.

"Saya rasa dalam masa mencabar Covid-19 ini, kelab pun terkesan daripada kemampuan kewangan, ini satu dugaan amat besar," titah baginda dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT di sini hari ini.

Menurut baginda, pihaknya akan mengambi langkah berjimat dalam menguruskan kelab tersebut pada tahun depan.

Sementara itu, baginda bertitah, sasaran JDT untuk menjadi sebuah kelab dengan nilai mencecah RM1 bilion hampir mencapai objektif dan dijangka dicapai pada pertengahan tahun depan.

Titahnya, sasaran itu kini sudah mencapai antara 75 hingga 80 peratus.

"Buat masa kini ada empat syarikat antarabangsa yang berminat, saya tidak boleh dedahkan nama masa ini dan bukan sahaja berniaga dalam stadium, tetapi menguruskan stadium tetapi menaja pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Benda ini amat positif apabila kelab yang kami bina ini, JDT mendapat sambutan hebat daripada syarikat luar negara," titah baginda.

Tunku Ismail bertitah, perlawanan Piala Malaysia musim ini akan diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin kerana padang Stadium Sultan Ibrahim di sini sedang dalam proses naik taraf.

Dalam perkembangan lain, baginda bertitah, JDT akan melancarkan hub perubatan pada awal 2021 manakala sebuah gimnasium JDT pada pertengahan atau hujung tahun depan.