Polis klasifikasi kes bunuh diri sebagai kes bunuh

Mohd Abduh Ismail
Mohd Abduh Ismail
A
A
A

KLUANG - Polis daerah ini mengklasifikasikan kes bunuh diri seorang pengamal perubatan tradisional di Taman Kiara Mas 2, di sini, pada 17 Januari lalu sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, hasil daripada bedah siasat, siasatan dan soal siasat mendapati kematian mangsa berumur 25 tahun adalah meragukan kerana terdapat beberapa kesan unsur-unsur jenayah terhadapnya.

"Ekoran daripada itu, tangkapan telah dibuat terhadap dua suspek iaitu pasangan suami isteri

berumur 47 tahun 41 tahun kerana keterangan daripada kedua-dua suspek sebelum ini meragukan.

"Hasil soal siasat yang dilakukan, salah seorang suspek telah mengaku menikam mangsa sehingga menyebabkan kematian dan pada keterangan awal, kedua-dua suspek menyatakan bahawa mangsa telah menikam dirinya akibat dirasuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini kes telah disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan juga telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil semakan juga mendapati mangsa dan kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan suspek juga telah dituduh di Mahkamah Majistret Kluang awal pagi tadi.

Sebelum ini, Sinar Harian pada 17 Januari lalu melaporkan, hasrat sepasang suami isteri yang hendak melakukan rawatan tradisional di Taman Kiara Mas 2, di sini, bertukar tragedi apabila dia diserang menggunakan parang oleh perawat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pasangan suami isteri tersebut datang ke rumah mangsa untuk melakukan rawatan isterinya yang dikatakan mengalami penyakit misteri sebelum mangsa dikatakan dirasuk sehingga menikam dirinya.