X

Kindly register in order to view this article
!

KM Melaka nafi larangan rentas negeri tengah malam ini

Tular berita mengenai Melaka dikenakan larangan rentas negeri bermula tengah malam ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali nafi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kawalan rentas negeri bermula tengah malam hari ini.

Menurutnya, dalam keadaan semasa pandemik koronavirus (Covid-19) semakin membimbangkan di seluruh negara termasuk di Melaka serta peningkatan kes jangkitan positif setiap hari, orang ramai dinasihati supaya tidak menyiarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Orang ramai khususnya rakyat di Melaka dinasihatkan tidak mempercayai sebarang khabar angin atau berita palsu yang disiarkan atau diperoleh daripada sumber yang tidak sah atau tidak mempunyai autoriti.

"Untuk mendapatkan maklumat tepat orang ramai diminta merujuk kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Melaka, Majlis Keselamatan Negara," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai Melaka dikenakan larangan merentasi negeri selain 11 kakitangan Hospital Melaka positif Covid-19 kerana Kluster Bukit hingga mendakwa terdapat wad ditutup dan dijadikan wad kuarantin kakitangan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!