Sabah cadang selaras bantuan makanan daripada ahli politik, NGO

Shahelmey (kiri) melawat kerja pengagihan bakul makanan yang berpusat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu hari ini.
Shahelmey (kiri) melawat kerja pengagihan bakul makanan yang berpusat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik dan pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang juga sedang giat menyampaikan bantuan kepada rakyat Sabah.

Menterinya, Ir Shahelmey Yahya berkata, menerusi kerjasama itu mungkin segala bantuan boleh diselaraskan dalam usaha semua pihak membantu rakyat Sabah yang memerlukan bantuan akibat terkesan oleh pandemik koronavirus (Covid-19).

"Bagi kita bekalan cukup, apa yang dilakukan NGO, malah parti poltiik yang lain itu adalah atas dasar keprihatinan mereka kepada rakyat Sabah.

"Kita alu-alukan, apa yang kita inginkan apabila ada NGO atau parti politik yang memberikan bantuan kepada kerajaan seboleh-bolehnya kita bekerjasama dan kita selaraskan," katanya selepas melawat pusat agihan bakul makanan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung banyak pihak termasuk NGO dan ahli politik sedang melakukan gerak kerja menyampaikan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Menurutnya, semua pihak kini bertungkus lumus menangani Covid-19 jadi perlu diketepikan dahulu politik dan terus membantu rakyat yang memerlukan.

Kerja pengumpulan dan pengagihan bakul makanan untuk golongan sasar sekitar Kota Kinabalu dilakukan petugas barisan hadapan di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu hari ini.
Kerja pengumpulan dan pengagihan bakul makanan untuk golongan sasar sekitar Kota Kinabalu dilakukan petugas barisan hadapan di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu hari ini.

"Dalam keadaan sekarang kita menghadapi pandemik Covid-19 ini, kita kurangkan berpolitik, kita bukannya mahu berlumba-lumba jadi hero di media sosial, menjadi juara bagi bantuan.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang kita mahu adalah kita membantu rakyat dan sampaikan kepada kumpulan sasar," katanya.

Terdahulu, Shahelmey berkata, setakat semalam sebanyak 57,000 bakul bantuan makanan sudah diagihkan kepada golongan sasar yang terbahagi kepada dua iaitu isi rumah yang dikenakan kuarantin di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan isi rumah yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

"Peruntukan untuk bakul makanan yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, adalah sebanyak RM50 juta dan untuk setiap daerah akan diperuntukkan sebanyak RM2 juta.

"Sekarang sudah ada 16 zon merah dan setiap daerah itu akan dapat RM2 juta, manakala di zon kuning juga ada peruntukan sebab dalam zon kuning pun ada juga yang dikuarantin," katanya.

Dalam lawatan itu, turut hadir adalah pembantunya, Datuk Julita Mojungki; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Tujuh daerah di Sabah terima bantuan makanan