Covid-19: Tujuh daerah di Sabah terima bantuan makanan

Bantuan bakul makanan dihantar kepada penduduk di Kampung Jaya Kunak dan Kampung Pangkalan di Kunak.
Bantuan bakul makanan dihantar kepada penduduk di Kampung Jaya Kunak dan Kampung Pangkalan di Kunak.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 26,178 bakul makanan sudah diagihkan di tujuh daerah di Sabah manakala tiga lagi daerah akan mula menerima bakul makanan hari ini secara berperingkat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya berkata, pengagihan bakul makanan kepada golongan sasar sedang giat dilaksanakan di daerah yang terlibat.

"Setakat semalam, sebanyak 26,178 bakul makanan diagihkan di tujuh daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Penampang.

"Pengagihan bakul makanan di Putatan bermula hari ini manakala di Tuaran pada Ahad dan di Kota Belud Isnin depan serta Papar sudah bermula semalam," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Petugas di Kunak sebelum bergerak untuk menghantar agihan bantuan bakul makanan.
Petugas di Kunak sebelum bergerak untuk menghantar agihan bantuan bakul makanan.

Shahelmey dalam pada itu turut menyenarai jumlah agihan bakul makanan mengikut daerah yang sudah menerima bantuan itu sejak Rabu lalu.

"Agihan harian bantuan bakul makanan semalam adalah sebanyak 4,517 iaitu Lahad Datu (1,088 set), Semporna (1,647 set), Kunak (401 set) dan Tawau (800 set).

"Bermula pada Rabu lalu, daerah-daerah terlibat dalam pengagihan bakul makanan adalah Sandakan (71 set), Kota Kinabalu (410 set) dan Penampang (100 set)," katanya.

Artikel Berkaitan: