11 kilang kitar semula beroperasi secara haram di Pulau Pinang

Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo
A
A
A

GEORGETOWN - Sebanyak 11 buah kilang kitar semula tidak berlesen dikesan beroperasi di Pulau Pinang.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, sebanyak 102 kilang kitar semula dikenalpasti beroperasi dan semua kilang berkenaan terletak di kawasan Seberang Perai.

Menurutnya, sebanyak 34 operasi penguatkuasaan dijalankan sehingga September dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengeluarkan sebanyak 16 notis dan 11 tawaran kompaun bagi ketidak patuhan ditemui.

"Pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa atau agensi dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang haram seperti kesukaran mendapatkan maklumat lengkap berhubung syarikat yang menjalankan aktiviti operasi kilang bagi tujuan dokumentasi untuk tindakan undang-undang di mahkamah.

"Kita komited dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti ‘tidak sah’ sehingga menjejaskan alam sekitar," katanya dalam Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14, hari ini.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon dalam soalan lisan membangkitkan berhubung jumlah kilang kitar semula plastik yang beroperasi dan status tindakan terhadap kilang pemprosesan plastik tidak berlesen di negeri itu.

Mengulas lanjut, Jagdeep berkata, kerajaan negeri kini sedang meneliti isu bagi penguatkuasaan daripada agensi-agensi berkaitan dapat diseragamkan supaya tindakan tegas dan pantas dapat diambil terhadap mereka yang menjalankan operasi tanpa lesen yang sah.

“Ada pelbagai agensi berkaitan yang mempunyai peruntukan perundangan yang berbeza dan kita sedang berusaha mengkoordinasinya melalui jawatankuasa kecil sedia ada bagi memastikan kehendak perundangan berkaitan dapat dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu kita juga menghadapi kesukaran mendapatkan pembuktian aktiviti atau kesalahan yang sedang dijalankan termasuk proses tindakan mahkamah yang mengambil masa yang panjang,"katanya.