Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa

KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pengisytiharan cuti peristiwa itu setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
"Pemberian cuti peristiwa ini adalah satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026 peringkat Negeri Perlis yang diadakan hari ini.
"Diharapkan dengan pengumuman ini dapat memudahkan segala urusan rakyat untuk hadir menjayakan karnival ini dan mengatur segala perancangan sebaiknya," katanya dalam kenyataan hari ini yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis hari ini. - Bernama
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa
- Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah mengumumkan pengisytiharan tersebut setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
- Cuti peristiwa ini sebagai penghargaan kepada penjawat awam dan rakyat Perlis yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026
- Cuti bertujuan memudahkan rakyat hadir dan mengatur perancangan untuk karnival
- Pengumuman ini dimuat naik dalam Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
