X

Kindly register in order to view this article
!

ADUN Kota Damansara bebas Covid-19

Shatiri Mansor
A
A

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor mengesahkan bahawa beliau bersama isteri dan dua anaknya kini sudah selesai menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh setelah didapati negatif koronavirus (Covid-19).

Shatiri memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan video yang dimuat naik menerusi halaman Facebook rasminya bahawa beliau sekeluarga dibenarkan pulang ke rumah.

"Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir saya, isteri dan dua orang anak selesai menjalani rawatan dan akan bersama masyarakat.

"Kepada seluruh kakitangan Hospital Sungai Buloh, doktor, jururawat, pekerja-pekerja khususnya di wad kami, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha mereka yang bertungkus-lumus merawat dan juga kepada semua frontliners, anda semua terbaik," katanya.

Terdahulu, pada 5 Oktober lalu, beberapa ADUN di Selangor disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

ADUN Kota Damansara, Shatiri Mansor menjadi wakil rakyat kedua di negeri itu yang mengesahkan positif wabak berkenaan menerusi keputusan ujian saringan kedua yang diterimanya.

Menurut Shatiri, sejurus pulang dari Sabah, beliau bersama enam lagi ahli kumpulannya dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Damansara telah menjalani proses saringan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia 2).

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang lagi ADUN Selangor positif Covid-19


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!