Keluarga Nur Azlina dicari

Nur Azlina
Nur Azlina
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya sedang mengesan waris bagi membantu kes seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa pengabaian keluarga.

Pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya, Mohd Hazril Mohd Kodri berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Nur Azlina dan kesnya sudah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-kanak Petaling Jaya pada 25 Januari lalu.

Menurutnya, remaja itu kini ditempatkan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan penjagaan dan perlindungan yang sewajarnya.

"Siasatan mendapati remaja ini tidak mempunyai sijil lahir ataupun dokumen kelahiran lain.

"JKM kini dalam proses melengkapkan permohonan Daftar Lewat Kelahiran kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagi melengkapkan permohonan tersebut, kita perlu mengesan ahli keluarga atau waris remaja itu terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung keluarga remaja berkenaan diminta menghubungi talian, 03-56343095 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: