Seorang lagi suspek cemar Sungai Batang Benar ditahan


Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria (kanan) menunjukkan treler yang dirampas untuk siasatan lanjut kes pencemaran di Sungai Batang Benar, baru-baru ini
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria (kanan) menunjukkan treler yang dirampas untuk siasatan lanjut kes pencemaran di Sungai Batang Benar, baru-baru ini
A
A
A

NILAI - Seorang lagi lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran di Sungai Batang Benar di sini, yang telah menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor telah ditahan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, suspek ditahan di Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan pada jam 12.30 pagi.

"Suspek berusia 30 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes tersebut di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

"Dia direman selama enam hari bermula semalam sehingga Sabtu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Azrul Hisham berkata, permohonan sambung reman bagi dua suspek kes sama akan dibuat di Mahkamah Seremban pada pagi ini.

Terdahulu, dua suspek itu berusia 30 dan 40 tahun yang merupakan pemandu dan kelindan lori ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan pada jam 12.45 tengah hari, 6 Oktober lalu.

Kedua-dua suspek itu direman tujuh hari dan tempoh reman berakhir hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Suspek pencemaran Sungai Batang Benar direman tujuh hari


Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan

Artikel Berkaitan: