Suspek pencemaran Sungai Batang Benar direman tujuh hari

Che Zakaria (kanan) menunjukkan treler yang dirampas untuk siasatan lanjut kes pencemaran di Sungai Batang Benar.
Che Zakaria (kanan) menunjukkan treler yang dirampas untuk siasatan lanjut kes pencemaran di Sungai Batang Benar.
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran di Sungai Batang Benar di sini, yang telah menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor direman tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, kedua-dua suspek ditahan di Kota Bharu, Kelantan pada jam 12.45 tengah hari semalam.

"Suspek berusia 30 dan 40 tahun itu bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori.

"Polis turut merampas barang kes iaitu sebuah treler dan sejumlah dokumen urusan pengangkutan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Terdahulu media melaporkan Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai telah dikenal pasti sebagai lokasi utama punca pencemaran yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas.

Artikel Berkaitan:

Kementerian itu berkata, sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di tapak lokasi.