PWTC tuan rumah Pesta Matta 15-17 Mac

Matta Fair
Matta Fair
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan kembali lagi menemui pengunjung pada 15-17 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Setiausaha Agung MATTA, Nigel Wong berkata, edisi ke-47 pesta pelancongan itu akan disertai oleh 1,369 gerai pameran di tujuh dewan berbanding 1,335 gerai pameran pada MATTA September 2018.

“Pesta MATTA Mac ini akan menyaksikan penyertaan pertubuhan pelancongan negeri termasuk dari Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak," katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Pertubuhan pelancongan luar yang akan mengambil bahagian termasuk dari Jepun, Taiwan dan Korea.

“Kami menjangka 100,000 pengunjung akan datang ke Pesta MATTA kali ini,” kata Wong.

MATTA juga melibatkan perkhidmatan bas keliling bandaraya “KL Hop-On Hop-Off” (HOHO) untuk perjalanan dan pertunjukan pelancongan. - Bernama

Artikel Berkaitan: