Pemandu wanita positif dadah, reka cerita kemalangan maut

Sebuah kereta terbalik dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Johor Bahru semalam.
Sebuah kereta terbalik dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Johor Bahru semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menafikan dakwaan pemandu kereta jenis Perodua Myvi bahawa dia mengelak kenderaan berhenti di hadapannya hingga terlibat kemalangan dan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini kerana rakaman video yang tular dalam media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.

"Video itu turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

"Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju. Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan positif dadah jenis methamphetamine lagi," katanya.