TV Sarawak mula bersiaran hari ini

TV Sarawak mula bersiaran hari ini
TV Sarawak mula bersiaran hari ini
A
A
A

SHAH ALAM - Sarawak yang merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai stesen televisyen sendiri dikenali sebagai TV Sarawak mula bersiaran pada hari ini di saluran 122 Astro.

Pelancaran TV Sarawak akan disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud esok sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

Pada Sabtu lalu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Jhari Tun Openg berkata, TV Sarawak akan menyiarkan keunikan kebudayaan dan kesenian masyarakat pelbagai kaum di Bunmi Kenyalang.

Selain itu, TV Sarawak juga mengetengahkan bakat anak Sarawak yang mencipta nama sama ada dalam mahupun di luar negara.

“Ini membolehkan kita berhubung dengan orang luar dan mereka dapat melihat apa yang ada di Sarawak. Kesemua program kita (terbitkan) sendiri.

“Saya juga maklumkan kepada beliau (Tun Abdul Taib) bahawa TV Sarawak akan menyiarkan kembali Bintang P Ramlee (program pertandingan) dan pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri menerusi TV Sarawak,” katanya pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah Sarawak pada Sabtu lalu.

TV Sarawak adalah di bawah kendalian Sarawak Media Group Sdn Bhd, sebuah syarikat GLC yang diketuai oleh Suhaimi Sulaiman yang berpengalaman luas dalam bidang penyiaran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Artikel Berkaitan: